Wanita Maut Dengan Tiga Kesan Tikam, Pisau Masih Lekat Di Dada

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah ditemui mati dengan keadaan pisau masih terpacak di dada selain tiga kesan tikaman di sebuah kawasan perumahan banglo mewah di Ayer Keroh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 3.30 petang selepas dihubungi pembantu perubatan Hospital Melaka.

“Maklumat mengatakan terdapat seorang wanita terlantar di dalam tandas tingkat bawah banglo dua tingkat itu dengan kesan tikaman.

“Susulan itu sepasukan polis dan pasukan forensik ke lokasi sebelum menemui mayat mangsa wanita berusia 34 tahun itu yang juga ibu kepada seorang anak lelaki berusia 7 tahun,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 2 hingga 3.30 petang dan ketika itu hanya terdapat mangsa, anaknya serta ibu saudara kepada suaminya berusia 65 tahun manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan.

“Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan terlantar dan lengkap berpakaian dengan tiga kesan tikaman di dada kiri dengan panjang antara dua hingga tiga sentimeter.

“Terdapat juga sebilah pisau masih terpacak di dada kiri mangsa namun siasatan mendapati tiada kesan geledah di kediaman mangsa,” katanya.

Christopher berkata, semakan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati tiada pergerakan keluar masuk ke rumah banglo dua tingkat itu melalui pintu hadapan dan belakang.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mendapatkan punca kematian.

“Setakat ini kita tidak mengesan sebarang jenayah dalam insiden ini namun akan menjalankan siasatan lanjut dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

BBerkaitan

Latest articles