Wakil Rakyat Tak Setia Pindah Kawasan Bukti Gagal Khidmat Dengan Baik

KUANTAN: Calon-calon pilihan raya yang kerap berpindah kawasan menyerlahkan kegagalan mereka memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan lompat ke kawasan baru menyebabkan mereka midaj menabur janji lain untuk mendapat pengaruh pengundi baharu.

Ini kerana, wakil rakyat lama tidak boleh membohongi pengundi sama kerana sudah tentu undi tidak berpihak kepada mereka lagi.

Reaksi itu diberikan selepas beberapa calon PKR, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berpindah kawasan Parlimen bagi PRU15 Ini.

@therakyatinsight Wakil Rakyat Tak Setia, Pindah Kawasan Bukti Gagal Khidmat Dengan Baik @ismailsabrirasmi ♬ original sound The Rakyat Insight



Mengulas mengenai calon PKR, Abas Awang yang akan bertanding di Parlimen Bera pada PRU15, Ismail Sabri berkata, sesiapa sahaja yang bertanding dan ia merupakan perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu telah memenangi kerusi Parlimen Bera sejak 2004 berkata, beliau tidak gentar untuk mempertahankan kerusi itu kerana telah memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk Bera.

“Saya bertanding di Bera sejak 2004, saya masih di Bera, kalau saya PM boleh mintak tempat lain tapi kalau saya tidak beri perkhidmatan di Bera selama ini, mesti saya takut nak kekal di tempat yang sama saya bertanding.

“Tapi saya tengok hampir semua calon UMNO stay di tempat yag sama sebab selama ini kita telah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kalau kita janji pun mereka (rakyat) akan yakin,” katanya selepas menghadiri Kenduri Keluarga Malaysia di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles