UMNO Harapkan Keputusan Terbaik Buat Najib Selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Esok

​KUALA LUMPUR: UMNO menaruh harapan tinggi agar khabar positif terhadap nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dijadualkan berlangsung esok.

​Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti berkenaan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas Presiden UMNO itu dalam usahanya mendapatkan pengampunan.

​Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan akhir berhubung perkara itu tertetak sepenuhnya di bawah kuasa mutlak serta budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

​”Kita mengharapkan yang terbaik. Dan kerana kuasanya adalah hak mutlak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, dan saya yakin budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku akan menentukan terhadap keputusan muktamad dan hak mutlak Tuanku untuk diumumkan,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Khamis.

​Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai jangkaan dan harapan parti terhadap mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan bersidang esok bagi membincangkan permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

​Dalam pada itu, mengulas mengenai kebersediaan parti menghadapi cabaran politik akan datang, beliau menyambut baik ucapan dasar yang disampaikan oleh pimpinan sayap Pemuda UMNO.

​Menurutnya, pengisian ucapan berkenaan berfokus kepada penyatuan dalaman serta analisis tuntas terhadap isu-isu semasa yang perlu ditangani parti.

​”Saya lihat ianya ke arah pertamanya penyatuan dalaman, dan ianya memperlihatkan analisis terhadap isu-isu semasa yang harus disantuni dan didepani oleh parti.

​”Mereka telah menyarankan agar kesiap-siagaan untuk menghadapi bukan sahaja pilihan raya di Negeri Melaka, tetapi secara umumnya untuk PRU-16 (Pilihan Raya Umum ke-16),” ujarnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles