UMNO Akur Titah Agong Bentuk Kerajaan Perpaduan, Seru MIC, MCA Sokong

KUALA LUMPUR: UMNO menolak pembentukan kerajaan dengan Perikatan Nasional (PN) kerana gabungan itu menolak Kerajaan Perpaduan seperti yang dinasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Malah UMNO, menurut Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, keputusan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atau apa-apa bentuk yang lain dibuat demi negara dengan mengambil nasihat Agong.

MemandangkannGabungan Parti Sarawak juga akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, maka adalah wajar untuk MIC dan MCA juga berbuat hal yang sama.

Mohamad Puad juga menjelaskan, mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung sejam semalam menyaksikan semua pemimpin yang hadir bercakap kerana parti ini amat serius dan demokratik berhubung isu yang pembentukan Kerajaan Persekutuan.

“Akhirnya keputusan dibuat secara konsensus,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah beliau, penubuhan Kerajaan Perak dan Pahang adalah ‘clue’ terbaik.

Puad berkata, UMNO akan berjumpa dengan akar umbi dan rakyat untuk memberi penjelasan.

”Ayuh rakyat Malaysia. Moving forward dan buka buku baru,” ujar beliau.

BBerkaitan

Latest articles