SPRM Serbu Agensi dan Syarikat, Bongkar Kartel Kontrak Baja Padi Bernilai RM1.8 Bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan operasi serbuan besar-besaran terhadap beberapa agensi dan syarikat yang dipercayai terlibat dalam kartel pengagihan kontrak baja padi bernilai RM1.8 bilion.

Serbuan ini melibatkan pertubuhan yang dikaitkan dengan sebuah kementerian serta sembilan syarikat yang dipercayai terlibat dalam projek berkenaan.

Menurut sumber, projek yang dianugerahkan pada 2021 untuk tempoh 30 bulan ini bertujuan menghasilkan dan mengedarkan baja padi kepada pesawah di seluruh negara melalui cawangan pertubuhan di setiap negeri.

SPRM mendapati pertubuhan tersebut menggunakan dua kaedah utama untuk memenuhi kontrak kerajaan, iaitu membeli baja terus daripada lima syarikat pengeluar dan mendapatkan bahan mentah daripada empat syarikat untuk memproses baja.

Siasatan SPRM kini tertumpu kepada kemungkinan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pemilihan syarikat pembekal. Beberapa Ahli Lembaga Pengarah pertubuhan itu didakwa terlibat dalam pemilihan syarikat berkepentingan.

Dalam operasi tersebut, SPRM merampas dokumen berkaitan kontrak baja padi di peringkat kementerian, pertubuhan, dan syarikat terlibat untuk siasatan lanjut. Enam pegawai dari kementerian dan pertubuhan tersebut turut dipanggil untuk diambil keterangan.

Dalam pada itu, portal Berita Harian melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, “ mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan tidak menolak kemungkinan penahanan beberapa individu yang disyaki terlibat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 18, dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

BBerkaitan

Latest articles