Tun Hanif Omar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada usia 85 tahun awal pagi Sabtu.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Kapten Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif menerusi platform WhatsApp awal pagi ini.

Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.

Kata beliau, jenazah Allahyarham kini berada di kediamannya di Seksyen 13, Shah Alam sehingga jam 10 pagi untuk urusan ziarah.

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Mohammed Hanif yang lahir pada 16 Januari 1939 merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.

Allahyarham menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

BBerkaitan

Latest articles