Tukang gunting rambut mati akibat COVID-19 kerana menerima pelanggan semasa pandemik

Di Mississippi, seorang tukang gunting rambut telah meninggal dunia akibat COVID-19 setelah dia tidak ditutup dan terus menerima pelanggan ketika wabak itu membadai.

Eugene Thompson, 46, dari Brookhaven, Mississippi, mati pada Sabtu lepas (4 April), kurang dari sebulan selepas di uji positif wabak Covid-19.

Dalam hantaran bertarikh 17 Mac di Facebook, Thompson, pemilik pusat gunting rambut Taper Nation dan Taper Nation 2, mula mengakui dia jatuh sakit. Pada ketika itu, dia mula menutup perniagaan nya.

“Kuarantin diri anda jauhi dari orang … tempat .. atau benda … Saya merasakan sedikit [sakit] … demam adalah sedikit tinggi jadi saya datang untuk disaring,” tulis Thompson pada masa itu.

“Tapernation akan ditutup minggu ini … Betul-betul rehat dan relaks yang sebaiknya.”

Menariknya, hantaran Facebook beliau beberapa jam setelah beliau memberi amaran berikut kepada bakal pelanggan yang ingin mendapatkan khidmatnya:

“🚨PSA: Due to the coronavirus TaperNation will only be accepting clients that are ONLY receiving a service until further notice… SO if [you’re] not receiving a service … don’t come !!

Selepas beberapa hari bertarung nyawa, beliau akhirnya meninggal dunia kurang dari seminggu selepas ulang tahun kelahiran ke-46nya.

“Dia tidak boleh bangun dan berjalan ke kereta, tidak mampu berjalan di dalam rumah kerana dia tidak dapat berbuat demikian,” kata kakaknya Dedra Edward’s. “Pada 12:22 petang jururawat di ICU Hospital St. Dominic memanggil saya dan berkata jantungnya berhenti dan kita tidak dapat menyelamatkannya.”

“Memori terakhir kami ketika beliau memasuki ambulans,” katanya. “Kami tidak dapat mengucapkan selamat tinggal.”

Thompson juga menjadi teladan kepada anak-anak yatim.

“Ada ramai orang, kanak-kanak dan orang dewasa yang dipotong rambut secara percuma yang tidak mempunyai wang dan saya adalah salah seorang daripada mereka,” kata pelanggan lama Shanta Harris kepada WLBT News.

 

BBerkaitan

Latest articles