‘Tolak Politik Tipu Helah’, Reaksi Anwar Selepas Shafie Dicalon Sebagai PM

Sebaik sahaja Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dinamakan sebagai calon perdana menteri, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera menggesa masyarakat menolak politik tipu helah dan menegaskan bahawa politik bukan sekadar permainan berebut kuasa.

Menerusi satu hantaran video di media sosialnya, Anwar menegaskan politik adalah perkara bagaimana individu-individu yang terlibat menterjemahkannya.

“Tolak politik tipu helah. Politik tidak sekadar perebutan kuasa, tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan. Sama ada untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang?,” ujarnya.

Anwar turut menyertakan video dari rakaman ucapannya terdahulu sebagai merujuk kepada gesaanya itu.

“Ada sekarang ini (pihak) cuba menangguk di air keruh. Ada yang sekonyong-konyong nak muncul menjadi juara, sebagai tokoh hebat, yang kononnya pendamai atau menyelesai, jambatan dan pelbagai. Itu lumrah alam dalam keadaan begini.

“Politik ini bukan sepak terajang politikus untuk sekadar mencari helah, taktik untuk merebut kuasa. Politik adalah berkait dengan urusan tadbir, soal rakyat.

“Apakah dasar ini mengekalkan corak pentadbiran usang, lapuk, rasuah, menindas seperti berlaku sekarang atau dahulu.

“Politik dan penguasa bukan sandaran untuk memperkaya diri dan keluarga, untuk meneruskan nafsu serakah dan melemparkan dendam kesumat pada orang, tetapi mencari titik perdamaian, merangkul kekuatan,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan menyokong Shafie untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) jika pembangkang kembali menguasai Putrajaya.

Dakwa Mahathir perkara itu turut dipersetujui DAP dan Amanah, begitu juga dengan hal menamakan Anwar dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini