Tok Mat ‘MC’ Tiga Hari Daripada Kempen Kerana Influenza

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO yang juga calon Pakatan Harapan – Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hassan tidak dapat meneruskan kempen dalam tempoh tiga hari kerana dijangkiti influenza.

“Saya minta maaf, saya down.. kena influenza, batuk teruk, demam. Doktor suruh saya jangan keluar takut berjangkit,” katanya yang dalam video di media sosialnya.

Meskipun tidak dapat turun padang, Mohamad atau Tok Mat mahu jentera parti meneruskan kempen seperti biasa termasuk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

“Tiga hari tak boleh keluar, saya harap dapa jumpa pengundi selepas sembuh,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles