KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendakwa beliau mendengar khabar angin mengenai persidangan Lembaga Pengampunan yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Menurut Ahli Parlimen Stampin itu, permohonan pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut berada dalam agenda mesyuarat berkenaan.
"Dengar kata Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat Jumaat ini dan pengampunan Najib ada dalam agenda.
"Adakah Yang di-Pertuan Agong akan mengampunkan beliau?" kata Chieng...
KUALA LUMPUR: Kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tidak boleh ditentukan menerusi sidang media, dakwaan lisan atau tafsiran sebelah pihak, tegas Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.
Beliau menegaskan soal takhta dan kedaulatan Raja Pemerintah Negeri Sembilan tertakluk kepada undang-undang dan adat negeri, bukannya ditentukan berdasarkan dokumen atau kenyataan yang dipertikaikan kesahihannya.
Menurutnya, segala hak dan remedi Raja Pemerintah...
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke World Summit on the Information Society+20 High-Level Event (WSIS+20) yang berlangsung di Geneva, Switzerland...