Sultan Selangor Bertitah Perhebat Usaha Pelihara Bangunan Di Kuala Lumpur Yang Ada Nilai Sejarah

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu langkah untuk memulihara dan memelihara bangunan yang ada sejarah khususnya di Kuala Lumpur dan ada kaitan dengan negeri Selangor diperhebatkan.

Dalam satu tulisan baginda di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda bimbang jika bangunan atau monumen tersebut tidak dipulihara dan terbiar, bangunan-bangunan terbabit mungkin akan runtuh atau rosak sehingga tidak boleh diselamatkan lagi.

“Jika itu berlaku, kos pemuliharaan akan menjadi lebih tinggi dan seterusnya akan merugikan negara.

BACA JUGA Pakar Perubatan Setuju Penggunaan Virus Tidak Aktif

“Pihak berkaitan seperti Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Warisan Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melakukan pemuliharaan serta pemeliharaan lebih intensif terhadap bangunan-bangunan bersejarah tersebut,” titah baginda bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang sentiasa disambut pada 1 Februari iaitu esok.

Menurut Sultan Sharafuddin, bangunan berkenaan tersimpan nilai sejarah yang sangat tinggi serta masih menjadi destinasi pelancongan tumpuan di ibu negara.

Baginda mengambil contoh Bangunan Sultan Abdul Samad yang dirasmikan pada 1897 dan pernah menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor semasa Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor sehingga tahun 1974, kemudian ibu negerinya dipindahkan ke Shah Alam.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda juga pernah bertugas sebagai penjawat awam dengan kerajaan negeri Selangor di Bangunan Sultan Abdul Samad pada 1968.

Bangunan-bangunan bersejarah lain seperti Carcosa Seri Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Gereja St Mary, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Berhad, Istana Negara lama serta Stadium Merdeka sarat dengan kisah sejarah melibatkan pembentukan negara ini, yang kebanyakannya mempunyai kaitan rapat dengan sejarah awal Selangor, titah baginda.

“Seni bina Moorish dan Moghul yang melatari reka bentuk bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Kuala Lumpur mempunyai cerita tersendiri dan seharusnya dipulihara untuk dihargai serta dikagumi oleh generasi akan datang,” titah baginda.

BBerkaitan

Latest articles