Suami Pun Ada Group Masakan Di FB, Ramai Kongsi Hasil Masakan

Perasan tak, semenjak musim PKP ni, ramai rakyat Malaysia meluangkan masa di dapur dengan memasak dan mencuba pelbagai resepi baru.

Jika sebelum ini anda hanya dengar group FB ‘Masak Apa Hari Ini’ dan ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’, jangan tak tahu golongan suami pun ada group FB mereka tersendiri yang diberi nama ‘Suami Masak Apa Hari Ini’.

Komuniti group ini mula wujud sejak tiga minggu lalu dan sehingga ke hari ini mempungai ahli lebih dari 56,000 orang dengan jumlah perkongsian melebihi 9,000!

Menariknya, group ini hanya terhad kepada golongan lelaki sahaja.

Sekaligus membuktikan kepakaran memegang sudip dan kuali bukan semata-mata kepada kaum wanita, malah kaum lelaki tidak juga ketinggalan.

Rata-rata ahli berkongsi hidangan masakan yang berjaya dihasilkan, terutama dalam menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur.

Kami kongsikan beberapa posting masakan menarik dari sang suami!

Adib berkongsi masakan lamb chop
Resepi ayam pandan pula
Tu dia, ayam kam heong pula dia masak

 

Bukan itu sahaja, ahli-ahli dalam group FB ni juga turut bekrongsi nasihat supaya sentiasa berjaga-jaga dengan wanita. Alahai!

BBerkaitan

Latest articles