‘Stalker’ Acacia Diana Sejak Lapan Tahun Lalu Dihadap Ke Mahkamah Esok

KUALA LUMPUR: Tertuduh pertama yang didakwa di bawah undang-undang baharu Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap akan didakwa esok.

Tertuduh adalah penghendap jurugambar wanita, Acacia Diana, sejak lapan tahun yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, lelaki berusia 37 tahun itu akan dibawa ke mahkamah, pagi esok.

Untuk rekod, pada 29 Mac lalu, Dewan Rakyat luluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan memasukkan Seksyen terbaru, Seksyen 507A ke dalam Kanun Keseksaan bagi kesalahan jenayah menghendap.

Di bawah Seksyen 507A baharu, sesiapa yang berulang kali melakukan sebarang tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa berkemungkinan menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada seseorang mengenai keselamatannya, boleh disabitkan melakukan kesalahan menghendap.

Terdahulu, seorang jurugambar wanita terpaksa menggunakan media sosial untuk mendedahkan identiti lelaki yang menghendap beliau sejak lapan tahun lalu.

Menurut Acacia Diana, beliau telah melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan diri daripada diganggu termasuk membuat laporan polis, berpindah ke luar negara dan memaklumkan pelakuan lelaki itu kepada keluarga suspek.

Lebih dari itu, lelaki berkenaan tetap menganggunya, malah mengekori Acacia hingga ke United Kingdom.

22 Julai lalu media melaporkan, Mohamad Fakharudin mengesahkan laporan polis berhubung gangguan seksual secara dalam talian telah dibuat sejak 2018 oleh jurugambar wanita berkenaan.

Katanya, polis turut menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) selepas kes gangguan terhadap jurugambar itu tular di media sosial.

BBerkaitan

Latest articles