SPRM tahan ahli lembaga pengarah syarikat Disyaki Kemukaka Dokumen Palsu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000.

Menurut sumber individu bergelar ‘Datuk’ berusia lingkungan 40-an, ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar awal 2020 bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000 daripada sebuah bank pertanian, bagi tujuan membiayai kos tetap dan operasi penanaman ubi kayu dan pisang, katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, individu itu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan.

BBerkaitan

Latest articles