Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu kedua ibu bapanya dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini bagi memberikan keterangan berkenaan kes kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 di kediamannya Mac lalu.
SPRM Rampas Duit RM 600 Ribu, Sebuah Kereta Di Rumah 2 Anggota Armada
Syed Saddiq Diminta Jelaskan Apa Jadi Dengan Lebih RM50 Juta Peruntukan Youth Power Club?
Ini merupakan kali keempat ibu bapa Ahli Parlimen Muar itu dipanggil SPRM.
Syed Saddiq sebelum ini diarahkan SPRM untuk membuat pengisytiharan harta bagi membantu siasatan kehilangan wang tunai berkenaan.
Beliau mendakwa tidak pernah memberi kontrak kepada mana-mana syarikat sewaktu menjadi menteri, dan menjelaskan wang itu sebagai sumber pendapatannya.