Syed Saddiq Diminta Jelaskan Apa Jadi Dengan Lebih RM50 Juta Peruntukan Youth Power Club?

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dituntut memberikan penjelasan ke mana perginya RM7.4 juta peruntukan RM50 juta yang diberikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk penubuhan dan pengurusan program Youth Power Club (YPC) yang penubuhannya diumumkan pada 15 Mei 2019 iaitu sambutan Hari Belia Negara tahun lalu.

Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor Syafiq Ridzwan Jamaluddin berkata penjelasan itu penting kerana pada tahun lepas juga pihak Kementerian Belia dan Sukan di bawah PH membuat keputusan untuk menghentikan bantuan dan peruntukan pentadbiran yang disalurkan kepada majlis belia negeri dan daerah di seluruh negara.

Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lepas mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan peruntukan lebih RM50 juta untuk pelaksanaan program berkenaan pada tahun lepas dan tahun ini termasuk RM7.4 juta untuk menggerakkan YPC di seluruh 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

“Kemanakah dan Bagaimanakah peruntukan yang berjuta ini dibelanjakan? Adakah benar YPC ini telah ditubuhkan di 222 parlimen? Kalau tidak, apakah status RM7.4 Juta yang diperuntukkan tersebut? Apa status peruntukan RM50 Juta yang diumumkan oleh YAB PM pada 15 Mei tahun lalu?” katanya di laman Facebook beliau baru-baru ini.

Menurut beliau kerajaan pada masa itu mengumumkan bantuan tentang bantuan pentadbiran untuk YPC pada majlis sambutan Hari Belia Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada sesi pembentanga Bajet 2020 oleh bekas Menteri Kewangan kerajaan PH, Lim Guan Eng ada beliau umumkan juga tentang peruntukan RM138 juta dan YPC merupakan satu daripada pihak yang menerima peruntukan berkenaan.

BACA JUGA – Kalau Dah Tiada Majoriti, Letaklah Jawatan Mukhriz

Syafiq Ridzwan mempersoalkan adakah wang peruntukan serta wang untuk penubuhan YPC adalah satu langkah gerakan politik yang ditubuhkan oleh Syed Saddiq yang akhirnya wang itu disalurkan kepada sayap Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)?

“Difahamkan bahawa Presiden Youth Power Club Kebangsaan Saudara Rafiq Hakim Razali juga merupakan bendahari ARMADA Nasional yang jelas menimbulkan keraguan dan membuka ruang untuk berlaku salah laku guna kuasa dana kerajaan,” katanya.

Pada hari pengumuman berkenaan tahun lepas, YPC dikatakan berperanan menambah pembabitan anak muda dalam pertubuhan belia serta menggerakkan aktiviti mereka di peringkat akar umbi yang menjurus kepada kerja-kerja komuniti.

Bagi Syafiq, beliau berkata Syed Saddiq perlu jawab semua persoalan ini. – TRI

BBerkaitan

Latest articles