Selepas Tiga Hari, Akhirnya Zaki Yamani Mohon Maaf Kepada Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Susulan ciapan biadap mendoakan supaya Tan Sri Abdul Hadi Awang meninggal dunia, seorang pengguna Twitter, Zaki Yamani akhirnya memohon maaf kepada Presiden PAS hari ini.

Ciapan maaf itu dimuatnaik awal pagi ini.

Terdahulu, ciapan kontroversi utu dikecam pelbagai pihak, selain menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian meminta Zaki membuat permohonan maaf.

Selain Abdul Hadi, di dalam ciapan tiga hari lalu juga, Zaki turut mendoakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggal dunia dengan segera.

“Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” katanya melalui ciapan di Twitter.

Hantaran memohon maaf itu bagaimanapun tidak ditujukan kepada Dr Mahathir.

Pada 1 Julai lalu, Zaki Yamani mendoakan supaya Allah mengambil segera nyawa Abdul Hadi dan Dr Mahathir. Ini selepas Presiden pas itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.

“Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu. Ambil sekali Mahathir,” tulisnya.

Dalam pada itu, keadaan kesihatan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilaporkan semakin baik dan telah dibenarkan keluar hospital semalam.

BBerkaitan

Latest articles