Selepas Kalah PRU15, Tun M Mahu Fokus Menulis Tentang Sejarah

KUALA LUMPUR: Menerima kekalahan teruk dirinya dan Pejuang pada PRU15 Sabtu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini kembali memuatnaik perkembangan terbaru dirinya.

Meskipun sedih dengan nasib yang menimpa Pejuang, Dr Mahathir memaklumkan dirinya menerima pilihan rakyat.

Memandangkan Pejuang kalah semua 125 kawaan yang dipertandingkan maka parti itu tidak dapat menjadi pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu juga kesal kerana perancangannya untuk negara terpaksa dipendamkan dan kini hanya melihat arah pemerintahan pihak yang menang.

“Saya harap pihak yang menang akan mendiri Kerajaan Malaysia,” katanya.

Memberitahu perancangannya selepas ini, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu Mahu memberi tumpuan kepada penulisan berkaitan sejarah dan aktiviti dalam negara.

“Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

“Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis,” katanya.

Dalam PRU15, Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi gagal mempertahankan kerusi tersebut dan hilang deposit apabila hanya memperoleh 4,566 undi.

BBerkaitan

Latest articles