Sejak Dua Tiga Hari Sepi, Netizen Mula Rindu SMS Dari MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengendalikan kebanyakan urusan pentadbiran di negara ini ketika krisis kali ini tidak ketinggalan jadi bahan gurau senda kreatif di media sosial kerana ada netizen sudah mula rindu kerana sudah beberapa hari tidak menerima khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) daripada agensi itu.

Ketika awal-awal permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan bulan Mac lepas, MKN sudah mula menghantar SMS kepada orang ramai mengingatkan tentang perkara-perkara yang dilarang ketika PKP serta memberikan pesanan berulang kali untuk terus berada di rumah.

Boleh dikatakan, dalam satu hari ada tiga atau empat kali MKN akan menghantar SMS berkenaan.

Bagaimanapun, sejak PKP Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, MKN sudah mula kurang menghantar SMS sejak akhir-akhir ini dan semenjak dua tiga hari lepas, tiada langsung SMS dari pihak MKN kepada orang ramai.

Rungutan netizen apabila sudah lama tidak menerima pesanan khidmat masyarakat menerusi SMS dari pihak MKN.

Netizen sudah mula mengusik di media sosial mengatakan bahawa MKN sudah ada “orang lain” dan tidak lagi mahu menghantar SMS kepada orang ramai.

BACA JUGA – Netizen Kongsikan Gelagat Khatib Menyampaikan Khutbah Aidilfitri 

Kemungkinan selepas beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat dan orang ramai kembali bekerja semula, MKN mengurangkan sedikit penghantaran SMS seperti itu kepada orang ramai.

Apabila dah setiap hari sampai banyak kali terima SMS daripada MKN, mungkin netizen sudah mula rindu agaknya. – TRI

BBerkaitan

Latest articles