Saraswathy akui terkejut dilantik jadi Naib Presiden PKR

PETALING JAYA, 16 Ogos:  K Saraswathy mengakui ketika dilantik menjadi Naib Presiden PKR bagi mewakili kaum India, beliau sangat terkejut dan tidak terfikir untuk menjawat jawatan itu.

Beliau yang ditemui The Rakyat Insight berkata walaupun gementar, tetapi beliau sedar akan tanggungjawab yang besar akan dipikulnya.

Saraswathy berkata walaupun dikritik beberapa anggota PKR selepas pelantikannya itu, tetapi beliau berkata sudah terlibat dibelakang takbir dengan mendekati masyarakat dalam melalui parti PKR.

“Terkejut dilantik jadi Naib Presiden PKR. Untuk terlibat dalam politik memang satu perkara yang baru.

“Tetapi sudah terlibat selama 15 tahun dibelakang takbir. Memang satu tanggungjawab besar,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR.

Pada 20 Julai lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR melantik dua individu sebagai naib presiden lantikan, iaitu Saraswathy dan Awang Husaini Sahari dari Sabah.

Pengumuman barisan kepimpinan penuh PKR, termasuk jawatan lantikan bagi mewakili masyarakat India dan Sabah serta Sarawak dilihat bertujuan memastikan komposisi kaum seimbang.

Ini kerana tiada wakil berbangsa India serta pemimpin dari Sabah dan Sarawak yang mengisi 20 kerusi MPP bagi penggal 2022-2025 dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Namun, pada 24 Julai lalu, memetik laporan FMT, Bekas timbalan setiausaha agung PKR, S Jenapala Perumal membidas pelantikan K Saraswathy sebagai naib presiden PKR bagi mewakili kaum India yang disifatkan sebagai “payung terjun” dan didakwa tidak mencerminkan sokongan akar umbi.

Jenapala berkata pemimpin yang dilantik sebagai naib presiden PKR bagi mewakili kaum India mestilah orang berpengalaman dan sudah lama berjuang untuk parti.

Dalam pada itu, Saraswathy berkata beliau akui terdapat provokasi dan kekecewan kaum India dalam PKR selepas beliau dilantik menjadi Naib Presiden PKR.

Bagaimanapun selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikannya itu, beliau lihat ahli PKR Mula menerima ya.

“Provokasi itu sudah selesai. Selepas Anwar jelaskan alasan pelantikannya atas dasar pemilihan ini dapat menangkis kesangsian.

“Jadi saya perlu buktikan kemampuan saya bagi menangkis persepsi negatif terhadap saya,” katanya.

Sementara itu, Saraswathy berkata beliau juga merancang untuk menubuhkan satu versi Tamil bagi portal Suara Keadilan PKR.

Katanya, versi Tamil itu akan dibuat melalui media cetak, di portal dan YouTube Suara Keadilan.

“Versi Tamil ini bagi memberi maklumat kepada golongan remaja khususnya kaum India.

“Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil juga sudah bersetuju dan dijangka akan dilancarkan pada 21 Ogos ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles