Salleh Said Tak Jadi Sertai PKR

Pergolakan dalaman PKR, ditambah pula perkembangan semasa politik tanah air menjadi alasan bekas menteri komunikasi dan multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk membatalkan permohonannya menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Dalam muatnaik terbarunya di blog beliau, sallehsaid.com hari ini, keputusan tersebut dipertimbangkan sejak April lalu dan sehingga kini kekal bebas selepas mengumumkan keluar Umno pada 2018 lalu.

“Pada Mac 2020, saya telah meminta permohonan saya ditangguhkan dahulu agar saya dapat bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dan membincangkan hala tuju kami di Sabah.

“Kemudian pada April 2020, saya telah meminta agar permohonan saya menyertai PKR dibatalkan. Dengan pembatalan permohonan itu, saya kekal tidak berparti sejak saya keluar dari Umno pada Disember 2018,” katanya.

Ujar Salleh, keputusan menyertai PKR sebelum ini kerana parti itu berada di bawah kerajaan persekutuan dan Sabah perlu mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan persekutuan supaya terus membangun.

Untuk rekod, Salleh menghantar surat permohonan menyertai PKR pada Oktober 2019.

BBerkaitan

Latest articles