Saingan Liga Perdana Inggeris Bersambung Semula Bermula Awal Pagi Esok

Ini adalah yang ditunggu-tunggu oleh para peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu saingan akan kembali dimulakan selepas tertangguh selama 100 hari akibat wabak Covid-19.

Penantian pastinya amat perit untuk para penyokong Liverpool kerana mereka amat hampir memenangi gelaran Juara Liga selepas pertandingan itu dihentikan kerana wabak itu sudah merebak di seluruh dunia.

Perlawanan akan kembali berlangsung esok dengan perlawanan Aston Villa berdepan Sheffield United akan menjadi perlawanan paling awal berlangsung pada pukul 1 pagi nanti diikuti aksi Manchester City lawan Arsenal pada pukul 3.15 pagi nanti.

Kelab liga utama England mengikut jejak langkah Bundesliga di Jerman dan La Liga di Sepanyol dengan memulakan semula kempen liga mereka.

BACA JUGA – Tak Pelik Jika Ada Pemain Bola Yang Gay

Walaupun dikritik sebahagian kelab dan bintang termasuk Sergio Aguero dan Raheem Sterling, “Project Restart” berjalan dengan lancar dengan ujian kerap terhadap pemain dan kakitangan hanya sedikit menunjukkan postif.

Bagaimanapun apabila saingan Villa dan Sheffield bermula, dunia yang menonton akan berdepan suasana berbeza dengan kedaan sunyi di tempat duduk penonton.

Bunyi sorakan penonton, penyokong daripada keratan kadbod dan video secara langsung akan menambah warna perlawanan namun sukar menyamai kedaan aksi sebenar.

Secara keseluruhan 300 orang dibenarkan berada dalam stadium untuk setiap perlawanan dengan protokol kesihatan tegas akan dikenakan.

Mereka selain pemain dan staf kejurulatihan perlu memakai pelitup muka. Perlawanan itu juga akan nampak berbeza.

Pemain sudah diberitahu supaya mengekalkan jarak sosial ketika meraikan jaringan dan digalakkan tidak meludah.

BBerkaitan

Latest articles