Sahkan Terima Notis, Amat Kesal Kiranya Tuduhan Bersifat Politik – Fuziah

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh hari ini memaklumkan bahawa dia telah menerima satu surat notis saman dari Mahkamah Majistret Johor Bahru meminta dia hadir ke pada hari esok pukul 8 pagi.

Notis itu adalah bagi membolehkan dia hadir ke mahkamah untuk didakwa berkaitan penyebaran berita palsu apabila beliau membuat hantaran di laman Facebook miliknya sebelum ini.

Bagaimanapun, Fuziah menyatakan keraguannya sama ada pertuduhan ke atasnya itu adalah atas dasar politik atau sebaliknya.

“Sebentar tadi, saya telah menerima satu surat notis saman daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru bertujuan memaklumkan kepada saya untuk hadir di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu 29 April, jam 8 pagi.

“Sekiranya pertuduhan ini bersifat politik ianya amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata akan terus mempertahankan kebenaran dan haknya.

Fuziah dari parti PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 April 2020, memuatnaik satu rakaman video orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) di Johor Bahru sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Tidak lama kemudian, beliau sendiri mengakui ia adalah berita yang tidak benar dan memohon maaf serta tanpa rasa bersalah menyatakan harapan beliau ia tidak menimbulkan panik.

“Admin mohon maaf tersilap post video lama dan sudah didelete (padam), harap tidak menyebabkan panik,” katanya memohon maaf.

Fuziah akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 505 (b) : Kenyataan-kenyataan yang menyebabkan khianat awam bersama dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 249 berkaitan capaian berkenaan data komputer. – TRI

Kenyataan Penuh Fuziah

28042020 – Kenyataan Final Media Ahli Parlimen Kuantan- Dakwaan di Mahkamah

BBerkaitan

Latest articles