Ringan Beban Selepas Tak Jadi Timbalan MB, Kata Mohd Amar

KUALA LUMPUR: Selain mengucapkan tahniah atas pelantikan barisan kepimpinan baru Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga mendakwa dirinya kini berasa lega apabila beban di bahunya sepanjang menjadi Timbalan Menteri Besar sudah terlepas.

“Saya percaya amanah yang telah diletakkan di bahu kawan-kawan adalah tanggungjawab yang berat namun saya yakin kalian akan menjalankannya dengan penuh keikhlasan dan keadilan.

“Beban yang diringankan daripada bahu saya sekarang adalah penyerahan kepada kalian dan saya gembira kerana percaya kalian akan membawa negeri ini ke arah yang lebih cerah.

“Semoga Allah memberkati dan membimbing kita semua dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh integriti dan kejujuran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Untuk rekod, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu menggantikan Ahmad Yaakob, yang sebelum ini menyuarakan hasrat hendak mengundurkan diri atas keadaan kesihatan.

ADUN Meranti itu mengangkat sumpah untuk jawatan itu di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian, semalam.

Manakala Mohd Amar digugurkan daripada jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, dan jawatan berkenaan disandang oleh ADUN Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

BBerkaitan

Latest articles