Tun M Tidak Sihat, Mokhzani Ganti Sampaikan Ucapan Di Forum SG4

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa melupakan hasrat untuk menyampaikan sendiri ucaptama pada Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Sebaliknya, anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, mengambil alih tugas membacakan teks ucapan yang sudah disiapkan bekas Perdana Menteri berusia 101 tahun itu.

Mokhzani berkata bapanya sememangnya berhasrat hadir dan menyampaikan ucapan berkenaan sendiri, namun keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya menghalang hasrat itu.

Menerusi teks ucapannya, Dr Mahathir turut menyampaikan permohonan maaf kepada hadirin atas ketidakhadirannya.

Beliau mengakui keadaan kesihatannya kurang memuaskan sejak kebelakangan ini, namun tetap mahu berkongsi pandangan menerusi ucapan yang dibacakan anaknya.

Turut hadir pada forum itu ialah seorang lagi anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai keadaan kesihatan Dr Mahathir didedahkan.

Dr Mahathir merupakan Penasihat SG4 dan dijadual menyampaikan ucapan khas pada forum berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles