Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Disambung

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk menyambung tempoh reman bagi kedua ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dilakukan untuk meneruskan siasatan.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dengan menambah pihaknya akan membuat permohonan tersebut selepas tempoh reman tamat esok.

Untuk rekod pada Jumaat lepas, polis menahan ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan di Puncak Alam iaitu rumah keluarga bagi membantu siasatan dan kedua-dua mereka direman tujuh hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 6 Disember, mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam selepas hampir 30 jam dilaporkan hilang.

Berdasarkan hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

BBerkaitan

Latest articles