PU Azman Dihadap Ke Mahkamah Ampang, Masih Lagi Dengan Tuduhan Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Selepas didakwa di Mahkamah Klang dan Seremban pada Oktober dan awal bulan ini, pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Ampang dengan dakwaan kes seksual pagi ini.

PU Azman, atau nama sebenarnya Azman Syah Alias sebelum ini didakwa atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini di Mahkamah Klang.

Kesalahan sama turut didakwa di Mahkamah Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama.

Tertuduh, 41, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Di mahkamah Seremban, PU Azman kemudian membayar jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Manakala di mahkamah Klang pula, pendakwah itu dibenarkan membayar jaminan keseluruhan RM24,000 bersama penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain melapor diri di balai polis berhampiran rumah setiap awal bulan bermula bulan ini.

BBerkaitan

Latest articles