Proklamasi Darurat: Ahmad Shabery Sindir Tun M, “Dia Yang Cipta, Dia Yang Bantah”

Tun M Yang ‘Pening’, Dia Yang Cipta Proklamasi Darurat, Dia Pula Yang Bantah?

Pindaan darurat di bawah Perlembagaan Persekutuan telah dilakukan pada awal tahun 1980, ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pindaan yang dicadangkan Dr Mahathir itu bertujuan untuk memudahkan Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Ahmad Shabery menyorot pengisytiharan darurat yang dilaksanakandi Kelantan pada tahun 1977, dimana cadangan itu dibawa ke Sidang Khas Parlimen

Katanya, darurat hanya boleh dilaksanakan sekiranya ada sokongan majoriti di Parlimen.

Semasa pindaan itu dibuat, Ahmad Shabery berkata, dia masih di universiti dan dalam kalangan aktivis mahasiswa banyak membincangkannya kerana ia menjadi isu besar.

”Saya tidak sangka hanya dalam tahun 2021, 40 tahun kemudian peruntukan ini baru digunakan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Lebih memelikkan, Ahmad Shabery tidak menyangka individu yang membuat pindaan itu membantahnya.

”Paling tak sangka yang membantahnya pula ialah orang yang menciptanya,” katanya.

Reaksi itu dipercayai ditujukan kepada tindakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dimana Dr Mahathir memaklumkan pihaknya akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon darurat ditarik balik.

Ia akan dibuat selewat-lewatnya esok.

Timbalan Presiden Penaja PEJUANG, Marzuki Yahya berkata, surat itu akan mewakili permintaan kesemua empat orang ahli Parlimen parti itu.

BBerkaitan

Latest articles