Prinsip & Maruah Jadi Taruhan, UMNO Tetap Relevan Bina Kestabilan Negara

SEREMBAN – Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Mustapha Bin Nagoor menegaskan bahawa UMNO perlu terus dihormati atas sejarah dan sumbangan besarnya dalam membina negara.

Menurut beliau, walaupun UMNO tidak pernah menuntut layanan istimewa dalam landskap politik moden, peranan parti itu sebagai tunjang kestabilan hari ini tidak boleh dinafikan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Mustapha atau lebih mesra dikenali YB Pak Mus yang juga ADUN Palong menekankan bahawa kedaulatan prinsip perjuangan UMNO mestilah dipertahankan dengan penuh maruah, kebijaksanaan, dan ketegasan.

Beliau menyifatkan integriti parti sebagai elemen paling penting yang perlu dijaga oleh setiap ahli, terutama dalam mendepani cabaran politik yang semakin dinamik.

Menyentuh mengenai semangat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang telah berakhir sejak Sabtu lalu, beliau menyeru agar seluruh ahli parti kekal bersatu hati, berdisiplin, dan menunjukkan kematangan politik.

Tambahnya, setiap ahli perlu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya, tanpa sesekali mengorbankan prinsip asal perjuangan yang telah diperjuangkan sekian lama.

Beliau turut menyatakan komitmen bahawa UMNO akan terus memainkan peranan konstruktif dalam Kerajaan Perpaduan. Langkah ini adalah demi memastikan kemakmuran dan masa depan Malaysia yang lebih stabil dapat dicapai.

“UMNO Teguh, Muafakat Dipelihara, Negara Diutamakan,” tegas beliau sebagai azam dalam memacu kecemerlangan parti dan negara bagi tahun 2026.

BBerkaitan

Latest articles