Hari Kedua PKPB, PJ Kembali Jadi Zon Merah

Sebanyak 52 kes baru direkodkan di Daerah Petaling Jaya menjadikan ia kembali sebagai zon merah bagi wabak Covid-19.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kawasan itu mencatatkan peningkatan 13 kes berbanding 39 yang diumumkan semalam menjadikan kawasan itu diletakkan dalam zon kuning.

Daripada perkembangan terbaru hari ini, 11 kawasan ditanda zon merah.

Menerusi maklumat jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah, 11 kawasan yang menjadi zon Merah ialah Hulu Langat dengan 47 kes, Gombak (94), Batu (71), Ibu Kota (156), Kampung Baru (67), Sri Petaling (48), Seremban (45), Kluang (64), Kuching (115) dan Kota Samarahan (46).

Dalam pada itu, kawasan hijau semakin meningkat kepada 111 daerah berbanding 86.

Negeri terbaharu diumumkan bebas kes aktif adalah Pulau Pinang, menyertai Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles