PH Pilih Anwar Sebagai Ketua Pembangkang Di Parlimen

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini sepakat memilih Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Perkara itu diumumkan oleh Anwar dalam satu siaran langsung di Facebooknya hari ini.

“Ya, saya ingat setiausaha majlis presiden Pakatan Harapan telah memaklumkan kepada speaker,” katanya yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Perkara berkenaan dipersetujui kesemua parti-parti komponen PH iaitu PKR, DAP, Amanah dan Warisan serta PPBM yang pro-PH.

Istiadat perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 selama sehari akan berlangsung serentak dengan mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei.

Persidangan Parlimen akan datang ini merupakan kali yang pertama selepas pergolakan politik yang berlaku awal Mac lalu dengan pembentukan kerajaan Pakatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BBerkaitan

Latest articles