PH Hargai Bantuan BN Tembusi Kawasan Sukar Masuk Di Pulai

KUALA LUMPUR: Dua kawasan yang dilihat sukar ditembusi jentera Pakatan Harapan (PH) kini sudah mula dialu-alukan oleh pengundinya, demikian menurut calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, Suhaizan Kayat.

Beliau merujuk kepada kawasan Kempas dan Permatang.

Ujar Suhaizan, atas bantuan Barisan Nasional (BN), mereka dapat bertemu para pengundi di sana, dan menyifatkannya sebagai “sesuatu yang luar biasa”.

Katanya, beliau juga menerima sokongan daripada komponen BN seperti MIC dan MCA.

“MIC bukan sahaja mengumpulkan jenteranya malah pergi dari rumah ke rumah dalam masyarakat India, ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, ketidakhadiran pemimpin Perikatan Nasional (PN) seperti Datuk Seri Sanusi Nor, Tan Sri Noh Omar, dan Datuk Seri Azmin Ali membolehkan PH-BN meraih momentum dalam kempen PRK.

Suhaizan berdepan Zulkifli Jaafar dari PN dan calon bebas, Samsudin Fauzi, dalam saingan di Parlimen Pulai yang diadakan serentak dengan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, pada Sabtu.

BBerkaitan

Latest articles