Penyaluran bantuan wang ihsan diselaraskan di peringkat PKOB negeri

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) akan diselaraskan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir hari ini yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia.

Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat (NDCC) NADMA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penyaluran bantuan akan dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu sama ada menerusi serahan tunai di PKOB negeri, serahan tunai rumah ke rumah atau pemindahan secara dalam talian.

Menurutnya, ia adalah antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikannya di Perdana Putra, hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri antaranya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Mohd Zuki berkata, BWI sebanyak RM1,000 untuk Ketua Isi Rumah (KIR) KIR dan RM10,000 untuk waris mangsa bencana yang meninggal dunia telah disalurkan kepada pihak negeri, dan ia diselaraskan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan RM34 juta untuk disalurkan kepada 34,000 KIR di negeri-negeri yang terjejas banjir dan mula dibayar pada hari ini.

“Jumlah anggaran ini adalah berdasarkan maklumat KIR yang berdaftar di pusat penempatan sementara (PPS). Usaha mengenal pasti mangsa yang tidak berdaftar sedang giat dilaksanakan oleh PKOB dan ICU untuk memastikan bantuan dapat disalurkan segera,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles