NILAI: Seorang penjawat awam wanita berusia lingkungan 30-an ditemukan maut dalam kejadian yang dipercayai melibatkan pembunuhan oleh suaminya di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya.
Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Tinjauan di lokasi mendapati beberapa anggota polis bersama pasukan forensik berada di kawasan kuarters bagi menjalankan siasatan, manakala orang ramai mula berkumpul untuk mengetahui perkembangan kejadian.
Ketika tinjauan dilakukan, jasad mangsa dilaporkan masih berada di lokasi dan belum dibawa keluar.










