More

    Pengguna Dengan Bil Bawah RM77 Nikmati Bil Percuma Tiga Bulan

    Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik yang bil elektrik sebulan kurang dari RM77 atau penggunaan di bawah 300kWj akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan.

    Ia merupakan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan yang diluluskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kategoro domestik di Semenanjung dengan peruntukan RM942 juta bertujuan meringan beban pengguna sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

    Kerajaan Bakal Kaji Kadar Semasa Tarif Elektrik

    Bekalan elektrik percuma itu bagi bulan April, Mei dan Jun yang mana ia akan dikreditkan dalam bil bulan Julai.

    Bagi mereka yang menggunakan elektrik lebih 300kWj pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu juga akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

    “Secara keseluruhan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan itu akan memanfaatkan 7.66 juta pengguna elektrik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Bantuan itu, katanya, adalah tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lalu.

    “Dengan pelaksanaan bantuan ini, jumlah diskaun yang diberikan kepada pengguna elektrik bagi tempoh 1 April hingga 30 September 2020 akan meningkat kepada RM2.2 bilion,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau berkata, TNB setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik hingga 30 September ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini