Kerajaan Bakal Kaji Kadar Semasa Tarif Elektrik

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerajaan bersedia menilai semula kadar semasa tarif elektrik dan akan dimuktamadkan mengikut sela tahun berkaitan.

Ujarnya ini sekaligus membuktikan kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

“Insya-Allah untuk tarif, kita akan buat pengumuman selepas ini.

“Saya bagi jaminan, dalam kajian tarif yang kita buat, kepentingan rakyat akan diberikan keutamaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Reaksi itu diberikan selepas mendengar rintihan pelbagai pihak berkenaan keperluan untuk kerajaan membuat penilaian semula kadar tarif elektrik, terutama di kalangan mereka yang mencapai pendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan M40.

Suruhanjaya Tenaga (ST) memaklumkan penilaian kadar semasa tarif elektrik menggunakan kaedah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang akan dimulakan semula pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Razib Dawood berkata pusingan ketiga IBR akan digunakan bagi tempih 2021 hingga 2023.

“Kerajaan sentiasa mengkaji, kita ambil maklum apa yang diutarakan hari ini untuk kajian akan datang,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles