Penggabungan UniSZA Dan UMT Dibatalkan – Noraini

Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diteruskan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa.

“Antaranya perbezaan fokus tujahan yang ketara, penyelarasan fakulti akademik dan institusi penyelidikan sedia ada serta tahap ketersediaan warga kedua-dua buah universiti ini dalam membentuk satu identiti tersendiri bagi universiti baharu kelak.

“Kementerian mengambil serius pandangan setiap warga universiti dalam melaksanakan penggabungan ini dan telah meneliti implikasi jika penggabungan ini diteruskan terutamanya terhadap pembangunan pelajar bagi kedua-dua buah universiti,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penggabungan UMT dan UniSZA juga akan memadamkan kejayaan yang dicapai dalam mencipta identiti dan mengembangkan fokus tujahan masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa.

“Penggabungan ini dijangka akan melibatkan kos yang tinggi. Jadi, penggabungan ini tidak akan diteruskan kerajaan,” katanya.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini