Penganalisis Politik Tolak Dakwaan UMNO Sudah Hilang Kuasa Dalam Dunia Politik Malaysia

Benarkah UMNO dikatakan tidak lagi mempunyai kuasa besar dalam dunia politik Malaysia?

Bagi beberapa orang penganalisis politik, ia adalah satu kenyataan yang tidak benar.

Menurut beberapa orang pemimpin parti Bersatu tentang UMNO yang dikatakan sudah semakin terhakis kuasanya sekarang ini.

Pada pandangan Pakar Sosioplotik Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, beliau berkata biarpun berlaku perpecahan dalam UMNO, parti Melayu itu tidak lemah memandangkan ia masih mendapat sokongan kuat daripada akar umbi.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dilaporkan berkata, kedudukan UMNO sebagai parti paling dominan telah berakhir dan situasi politik semasa memaksa semua parti menjalin kerjasama.

Awang Azman berkata, biarpun berdepan pelbagai cabaran selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional pada 2018, UMNO tidak hancur bersama kejatuhan itu.

Beliau berkata, parti itu malah disifatkan semakin kuat.

BACA JUGA : Tiada Usaha Singkir Hadi, Kata Pemimpin PAS

“Sehingga kini, saya tidak pernah dengar satu pun cawangan UMNO yang dibubarkan. Kekuatan Umno terletak pada akar umbi,” katanya.

Beliau berkata, sebaliknya kekuatan Bersatu dan pengaruhnya terikat dengan kuasa eksekutif dan ia adalah sesuatu yang boleh berubah sekiranya Parlimen dibubarkan.

“Pada pandangan saya, dalam pilihan raya yang akan datang, dua kuasa besar yang akan mendominasi ialah UMNO-BN dan Pakatan Harapan (PH). Pertarungan utama itu adalah antara dua gabungan ini,” katanya.

Sementara itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, beliau tidak percaya era parti UMNO sebagai kuasa dominan telah lenyap.

“UMNO masih dilihat sebagai pembela yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu,” katanya, selain menambah bahawa beliau tidak melihat akan berlaku perubahan mengenai perkara itu pada masa sekarang atau akan datang.

Beliau berkata, dalam pilihan raya umum akan datang, UMNO dan PAS akan menikmati sokongan orang Melayu, dan PPBM dilihat bakal berdepan kesukaran memandangkan sokongan yang diperolehinya pada pilihan raya lalu adalah daripada penyokong PH.

“Kali ini mereka tidak lagi akan mengundi Bersatu,” ujarnya.

Bekas Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Dr Azmi Hassan pula berkata, beliau hairan kenapa Wan Fayhsal berpandangan UMNO tidak lagi dominan.

“Kalau itulah halnya, kenapa Bersatu mahu bekerjasama dengan UMNO? Jadi saya tidak fikir era UMNO sebagai parti dominan sudah berakhir”.

Azmi percaya UMNO kini dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding sebelum PRU14 berikutan prestasi mengecewakan PH selama 22 bulan mentadbir Putrajaya.

“Perikatan Nasional (PN) juga tidak menunjukkan prestasi yang baik, jadi ramai melihat UMNO lebih baik berbanding PH dan PN,” katanya.

Beliau berkata, satu-satunya cabaran UMNO untuk mendapatkan undi Melayu ialah PAS, dan itu pun hanya terhad kepada tiga negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Saya rasa PAS juga akan berfikir secara logik dan mengelak pertembungan dengan UMNO dalam PRU,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles