Pembukaan Semula Sekolah Pada 24 Jun Depan

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan tarikh pembukaan sesi persekolahan semula pada 24 Jun depan, hanya kepada pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam.

Menterinya, Dr Mohd Radzi Jidin memberitahu keputusan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“KPM tetapkan bahawa tarikh buka sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Peperiksaan Antarabangsa adalah pada hari Rabu 24 Jun 2020,” katanya dalam satu sidang media khas secara langsung hari ini.

KPM sebelum ini memberitahu pembukaan semula sesi persekolahan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kesemua tenaga pengajar juga perlu kembali bertugas seperti biasa untuk membantu guru-guru yang terlibat dengan pelajar yang mengambil peperiksaan awam.

BBerkaitan

Latest articles