Pemain Industri Pelancongan Kini Ibarat Frontliners Atasi Covid-19

Selepas pengumuman yang amat dinanti-nanti dibuat semalam iaitu kebenaran untuk pergerakan rentas negeri dan kebenaran melancong hanya di dalam negara sudah diberikan, orang ramai sudah pasti mula membuat perancangan untuk bercuti selepas hampir empat bulan tidak bergerak jauh ke mana-mana.

Sejak 18 Mac lepas, rakyat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung jangkitan wabak Covid-19.

Ketika PKP, rakyat dilarang untuk bergerak ke mana-mana kecuali untuk keluar membeli barang keperluan dan makanan. Pada 13 Mei, kerajaan mengumumkan pula PKP Bersyarat atau PKPB sehingga 9 Jun. Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pula bermula 10 Jun negara dikenakan PKP Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos depan.

Bermula 10 Jun, tanggungjawab untuk mengawal prosedur operasi standard (SOP) kini terletak di bahu orang ramai untuk terus mengekalkan keadaan sekarang iaitu jangkitan yang kekal dua angka dan satu angka.

BACA JUGA – Penjana Perkasa Usaha Bumiputera Industri Pendidikan – KPLB

Boleh diibaratkan apabila orang ramai sudah teruja mahu melancong semula, tanggungjawab itu juga terletak di atas bahu pengusaha pelancongan, pengendali produk dan petugas pelancongan untuk mengamalkan kebiasaan baharu supaya tidak berlaku peningkatan jangkitan mendadak.

Difahamkan ada hotel sudah menerima tempahan dan kebanyakan hotel memberikan harga yang amat murah walaupun hotel itu sebelum ini bertaraf lima bintang tetapi untuk menarik orang ramai melancong dalam kebiasaan baharu, peluang itu tidak akan dilepaskan.

Oleh itu, dijangkakan kebanyak hotel di dalam ibu negara dan di sekitar kawasan Utara dan Selatan akan mula dipenuhi orang ramai pada hujung minggu ini mungkin bercuti atau menginap ketika pulang ke kampung menziarahi ibu bapa.

Sebelum ini PKP dan PKPB mungkin dalam jangka masa sedikit pendek jadi orang ramai mampu berdepan dengannya, bagaimanapun PKPP yang baru diumumkan akan lebih mencabar kerana lebih banyak kelonggaran dengan jangka masa yang lebih panjang.

Orang ramai perlu memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan supaya keadaan sekarang berterusan dan negara boleh bebas sepenuhnya dari wabak Covid-19.

BBerkaitan

Latest articles