Artis wanita dari Korea Selatan Son Ye Jin dipilih sebagai wanita paling cantik di seluruh dunia melalui satu undian global yang dijalankan oleh laman web Starmometer.
Pelakon drama Korea Crash Landing On You itu menerima undian sebanyak 4,354,037 daripada mereka yang mengundi dari seluruh dunia.
Undian menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sistem undian atas talian.
BACA JUGA – Kehilangan Kim Jong Un Jadi Tanya Tanya
Ye Jin memulakan kariernya sebagai pelakon pada 2003 menerusi filem The Classic yang turut mendapat sambutan di Hong Kong dan China.
Popularitinya terus meningkat selepas dia membintangi filem dan drama Summer Scent (2003), A Moment To Remember (2004) dan April Snow pada 2015.
Sementara itu, tempat kedua pula diduduki oleh ahli kumpulan K-Pop Blackpink, Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa.
Lisa yang juga berasal dari negara Thailand itu berjaya mengumpulkan undian global sebanyak 3,852,340.
Tempat ketiga juga diduduki ahli kumpulan K-Pop Twice, iaitu Tzuyu dengan undian sebanyak 1.2 juta.
Tzuyu yang berasal dari Taiwan itu sering mendapat perhatian peminat Twice kerana wajahnya yang unik dan jelita.
Tempat keempat pula diduduki oleh pelakon Thailand, Urassaya Sperbund atau dikenali sebagai Yaya dengan undian sebanyak 879,075.
Sementara di tempat kelima ialah pelakon Song Hye Kyo dengan undian sebanyak 818,537 undian.
Hanya seorang pelakon tempatan berada di dalam carta undian tersebut iaitu Juliana Evans yang menduduki tempat ke 72.