Kehilangan Kim Jong Un Jadi Tanda Tanya

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan sedang tenat selepas menjalani pembedahan, malah lokasi kedudukannya juga tidak diketahui.

Malah Kim, 36, dilaporkan tidak menghadiri sambutan harijadi datuknya, Kim II Sung pada 15 April lalu, sekali gus mencetuskan spekulasi. Empat hari sebelum sambutan berkenaan, beliau dilihat menghadiri mesyuarat kerajaan.

Susulan itu, CNN melaporkan Amerika Syarikat kini sedang memantau rapat mengenai tahap kesihatan Kim.

Manakala Daily NK, akhbar dalam talian yang berpusat di Korea Selatan melaporkan bahawa Kim menjalani pembedahan jantung disebabkan tabiat tidak sihatnya seperti kuat merokok, obesiti dan kerja berlebihan.

Daily NK menyatakan Kim kini dilaporkan menjalani proses pemulihan di Hyangsan.

“Selepas mendapati keadaan Kim semakin bertambah baik, kebanyakan pasukan perubatan yang merawat beliau telah kembali ke Pyongyang pada 19 April lalu dan hanya sebahagian yang masih kekal di situ untuk memantau kesihatan beliau,” kata Daily NK.

Namun tidak dapat dipastikan kesahihan laporan tersebut. Sementara China pula dilaporkan telah menghantar satu pasukan ke Korea Utara termasuk pakar perubatan untuk memantau perkembangan Kim.

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Kim telah meninggal dunia susulan pembedahan jantung itu.

BBerkaitan

Latest articles