Pelajar PhD UMK Maut Selepas Kereta Terjunam Ke Tasik Kampus

JELI: Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam tasik dalam kawasan kampus UMK Jeli, petang semalam.

Dalam insiden sekitar jam 6.20 petang itu, mangsa, Muhammad Amidee Abdullah, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala rakannya yang duduk di bahagian penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri dan kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Jeli.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa memandu menuruni bukit dan melalui selekoh sebelum kenderaan Perodua Axia yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terhumban ke tasik.

Menurut beliau, rakan mangsa sempat membuka pintu dan melarikan diri, namun Amidee gagal keluar dan ditemukan tidak bernyawa.

Mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BBerkaitan

Latest articles