Peja Gagalkan Misi NS Menang PRN Lalu – Che’gu Bard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin mendakwa pengundi Perikatan Nasional (PN) di negeri itu dikhianati pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melalui strategi pimpinan parti itu sendiri.

Sehubungan itu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertanggungjawab atas kegagalan gabungan itu.

Malah kegagalan menawan Negeri Sembilan juga berpunca dari tindakan melantik Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan.

Menurut Che’gu Bard, tindakan itu telah menyebabkan status Negeri Sembilan bertukar daripada negeri yang boleh dimenangi PN kepada negeri mudah kalah, apatah lagi dengan meletakkan calon-calon yang tidak menepati kriteria.

“Senarai calon beberapa orang umur 70 tahun ke atas, calon tak sedia tanding, tak ada jentera, tanpa persediaan kewangan adalah sangat pelik dan seolah sengaja untuk kalah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Daripada 36 kerusi yang ditandingi, PN Negeri Sembilan hanya menang lima sahaja pada PRN, Sabtu lalu.

Che’gu Bard kesal kerana sehingga ini tiada sesiapa pun yang mengambil tanggungjawab terhadap prestasi buruk PN di Negeri Sembilan.

“Saya dah hantar pada makluman Presiden namun Presiden diharap jangan buat ‘sejuk’ sahaja, masalah sentiasa wujud tapi kena selesaikan bukan ‘sejukkan’ sahaja.

“Ingat kekuatan Bersatu dan PN bukan kekuatan parti tapi kekuatan gelombang rakyat, maka jagalah sebaiknya,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles