Pegawai Kanan JSJ Selangor Maut Dipercayai Jatuh Bangunan

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, awal pagi tadi.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.07 pagi sebelum pihak polis menerima maklumat kecemasan mengenai insiden tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebaik pemeriksaan dijalankan.

Menurut beliau, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan penuh hasil bedah siasat.

“Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.07 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan.

Shazeli pada masa sama menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa atas tragedi yang berlaku.

BBerkaitan

Latest articles