PAS Didakwa Amalkan Politik Machiavellian Demi Capai Matlamat

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan politik PAS kebelakangan ini lebih menepati pendekatan Machiavellian yang mengutamakan matlamat mengatasi prinsip, berbanding berpaksikan nilai Islam.

Menerusi kenyataan di media sosial pada Jumaat, beliau mendakwa beberapa tindakan PAS ketika bersama Perikatan Nasional (PN), termasuk mengadakan rundingan tanpa pengetahuan Bersatu, memutuskan kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta didakwa melengah-lengahkan persiapan menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, menunjukkan corak politik sedemikian.

“Tindakan Pas melakukan rundingan di belakang-belakang, memutuskan hubungan dengan Bersatu ketika berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Melengah-lengahkan persiapan PN untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan atas tujuan tertentu, serta muslihat ‘menyingkirkan’ Bersatu daripada PN bukan cara Islam, tetapi cara Pas,” katanya.

Kenyataan itu hadir selepas Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan PAS akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan, sekali gus mengesahkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), yang mendorong Bersatu memilih bertanding menggunakan lambangnya sendiri.

Menurut Tun Faisal, pendekatan yang menghalalkan apa sahaja cara demi mencapai matlamat politik tidak selari dengan ajaran Islam, sebaliknya mencerminkan amalan politik Machiavellian.

BBerkaitan

Latest articles