Neow Minta SPRM Segera Siasat Kes Penyelewengan JMB

Kuala Lumpur: Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya segera menyiasat Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium berstatus strata di Mont Kiara setelah dua minggu laporan berkenaan salah guna kuasa dibuat oleh wakil penduduk.

Beliau berkata, SPRM perlu segera mengambil tindakan menyiasat JMB berkenaan yang masih berkuasa ke atas pengurusan dan kewangan kondominium berkenaan.

“Kita faham SPRM ada SOP tersendiri untuk melakukan siasatan namun kita juga berharap supaya kes ini disegerakan.

“Ini perlu kerana kita tidak mahu timbul persepsi negatif terhadap kerajaan terutama SPRM itu sendiri berkenaan soal salah guna kuasa dan rasuah,”katanya ketika ditemui di perkarangan luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Wakil penduduk kondominium Di Mont Kiara yang hadir bagi mendengar perbicaraan kes hari ini

Terdahulu Hakim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan tempoh selama 7 hari untuk memberi ruang pihak JMB mengemukakan hujahan mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Pihak JMB diwakili Peguam, Choo Dee Wei , Manakala penduduk diwakili Peguam, New Sin Yew.

Pengurusan kes dibuat di Bahagian Kuasa Kuasa Khas 3 Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes ini menjadi tular setelah wakil Penduduk kondominium di Mont Kiara mendakwa pengurusan JMB baru dilantik 18 bulan lalu menganugerahkan kontrak penyelenggaraan RM3.3 juta kepada syarikat tidak bertauliah.

Sehubungan itu, satu laporan beserta beberapa dokumen bukti dikemukakan kepada pihak SPRM pada 14 Jun lalu.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dari DAP selepas itu membuat laporan polis terhadap Neow Choo Seong berhubung satu hantaran di Facebook berkaitan kartel JMB.

BBerkaitan

Latest articles