CYBERJAYA: Mahkamah Majistret Sepang hari ini membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman terhadap tiga suspek yang disiasat berhubung kes pembunuhan seorang pelajar universiti swasta, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, perintah lanjutan reman itu berkuat kuasa mulai 4 hingga 10 Julai bagi membolehkan siasatan diteruskan.
“Siasatan masih berjalan,” katanya ringkas ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Mangsa, Maniishapriet Kaur, 20, pelajar Ijazah...
PUTRAJAYA: Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan memangku tugas Ketua Hakim Negara berikutan persaraan wajib Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 1 Julai lalu.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan pelaksanaan itu selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, sekali gus membolehkan Hakim Besar Malaya menjalankan semua kuasa serta fungsi Ketua Hakim...