MP Mersing Pula Dedah Perbincangan Bersama Tun M

Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mengesahkan pendedahan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin diminta mengukuhkan Bersatu sebagai parti Melayu dan mengurangkan pengaruh DAP.

Katanya, ada beberapa perkara Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu ketika itu minta pemimpin parti lakukan termasuk mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan keyakinan rakyat terhadap parti DAP.

Menurut Abdul Latiff, selain itu dalam beberapa perbincangan lain yang turut dihadirinya, Dr Mahathir menyatakan supaya dicari jalan untuk Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) katanya seperti yang dilaporkan PNBBC Portal semalam.  

Katanya perkara itu dibangkitkan Dr Mahathir dalam pertemuan yang diadakan di kediamannya dan turut dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathr dan Datuk Seri Faizal Azumu pada 16 Januari lalu.

Malah katanya, Dr Mahathir menegaskan, sekarang adalah masanya bagi tindakan tersebut.

TUN M ARAH KUKUHKAN BERSATU, KURANGKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP DAP- HAMZAH ZAINUDIN

Justeru kata Menteri Pembangunan Luar Bandar itu, kejatuhan kerajaan PH adalah atas restu bekas Perdana Menteri itu.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Hamzah adalah dalang disebalik kejatuhan kerajaan PH apatah lagi mendalangi tindakan memecat Dr Mahathir dan empat ahli Bersatu yang juga ahli parlimen.

Menurut laporan portal itu lagi , Abdul Latiff turut mengimbau pertemuan pertama beliau dan Hamzah dibawa Muhyiddin berjumpa Dr Mahathir.

“Sebaik kami sampai ke rumah Tun, delegasi diketuai Tan Sri Muhyiddin, kami disambut penuh kemesraan dan gurauan yang amat lucu.

“Tan Sri bersahaja memperkenalkan Datuk Seri Hamzah. Sir, ni Hamzah…

…dan Tun Terus menyampuk, dia ni orang UMNO, boleh percaya ka, katanya dalam bahasa utara.

“Saya terus menjawab; Sir, kami bukan UMNO. Kami orang Muhajirin. Tun spontan menyahut; Jika hangpa Muhajirin, saya mesti la Ansar. Kami terus gelak. Ini signal jelas yang Datuk Seri Hamzah dan saya sudah diterima oleh Tun,” cerita Abdul Latiff.

Tambahnya, Mukhriz pula menyampuk; “Ansar ini ada dua puak, Aus dan Khazraj. Kami pun tak tahu yang mana satu,”.

“ Jadi saya cukup tidak faham politik Mukhriz. Tun suruh jauhkan daripada DAP tetapi anak pula terus bekerjasama dengan DAP di Kedah,”

“…politik apa ini?, bagi saya, ini pembohongan atau kepura-puraan Mukhriz,” katanya.

SOKONG PEMBANGKANG, TUN M ‘BERDOSA BESAR

Ini kerana menurut Abdul Latiff, sewaktu perjumpaan itu, Mukhriz bersungguh-sungguh tidak mahu DAP tetapi bila kerajaan negeri Kedah mula bertukar kepada PN, beliau tetap berdegil mahu bersama PH atau DAP di Pusat sekaligus mengekalkan kerajaan di Kedah dengan majoriti mudah 19-17.

“Walhal jika beliau ikhlas terhadap PN, kerajaan Kedah boleh mempunyai majoriti lebih dua pertiga dengan 25 kerusi daripada 36.

“Patut Mukhriz boleh fikir bahawa dengan majoriti dua pertiga sekaligus menjadikan Kedah negeri yang kuat dan stabil…mudah dia mentadbir, dia pun boleh kekal sebagai menteri besar,” ujar Abdul Latiff.

Malangnya seperti umum ketahui, Mukhriz memilih jalan sukar dan sanggup bersama DAP sekaligus menjadi sebab beliau hilang kepercayaan dan sokongan termasuk daripada Adun Bersatu.

“Ramai hairan, kenapa (Mukhriz) masuk lubang yang sama dua kali?…sama ada beliau buta politik sedangkan politik adalah kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat,”.

“Atau Mukhriz terlalu takut kepada Tun untuk membuat keputusan berbeza dengan ayahnya, atau Mukhriz mungkin memilih politik luar biasa atau mungkin sudah biasa di luar, ” kata Abdul Latiff lagi

BBerkaitan

Latest articles