MedicalPro Hasilkan Krim Glucosamine Menggunakan Teknologi Micellar

Sakit lutut dan sendi sangat sinonim dengan golongan yang berusia 40 tahun dan ke atas. Lutut atau sendi yang sakit terutama ketika berjalan atau melakukan aktiviti lasak dan disertai dengan bunyi yang dipanggil ‘crepitus’ dalam istilah perubatan adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami osteoartritis (OA).

Mereka yang berumur selalu mengalami keradangan sendi. Disebabkan faktor usia yang semakin meningkat, cecair lutut (synoval) akan menjadi semakin berkurangan pada lutut. Geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan kerosakkan di kawasan tersebut. Akibatnya, lutut akan mengalami keradangan yang akhirnya membawa kepada kesakitan.

MedicalPro Healthcare & Wellness telah mengeluarkan krim glucosemine dengan menggunakan kaedah teknologi nano Micellar iaitu Urah Micellar Glucosemine Cream bagi membantu pesakit yang mempunyai sakit lutut dan sendi.

Pegawai Pemasaran MedicalPro Ashraff Yakoub Asmayadi berkata, krim glucosemine yang dikeluarkan ini merupakan produk pertama yang menggunakan teknologi nano yang ada di pasaran hari ini.

Menurut Ashraff penggunaan krim glucosemine untuk merawat sakit berkaitan lutut dan sendi lebih mudah berkesan berbanding ubatan pil oral.

“Jadi hari ini kita keluarkan satu lagi produk baharu untuk sakit-sakit sendi dan lutut. Produk yang kita keluarkan ini kita menggunakan teknologi micellar salah satu teknologi nano yang ada. Dengan teknologi micellar produk ini mempunyai kelebihan biasa kita tahu krim glucosemine belum ada lagi dipasaran. Jika ada ia cuma diambil dalam bentuk pil atau oral.

“Pengambilan ubat dalam bentuk pil atau oral perlu melalui proses yang panjang sekurangnya empat jam untuk diserap ke seluruh badan. Berbeza dengan krim micellar glucosemine yang hanya memerlukan dua langkah sahaja iaitu pakai dan terus meresap ke kawasan yang sakit,” jelasnya.

Bukan hanya menggunakan teknologi micellar, malah menurut Ashraf krim ini turut mempunyai ramuan seperti Omega-3 sebagai anti keradangan.

“Ramuan utama kita adalah glucosemine dan ramuan aktif yang kita ada dalam produk ini. Kita juga ada tambahan dengan omega-3. Omega-3 adalah anti radang. Kebiasaannya sakit ini akan datang sekali dengan bengkak radang untuk itu kita datangkan sekali dengan omega-3 untuk mengurangkan sakit,” menurutnya.

Fungsi kegunaan Urah Micellar Glucosemine Cream

  • Untuk sakit sendi & badan, sakit berkaitan kerja seperti sakit jari, sakit pergelangan tangan, leher, bahu, sakit belakang, arthritis, reumatik dan keradangan.
  • Sesuai untuk golongan muda, warga emas atau peminat sukan yang ingin melindungi dan memelihara tulang rawan.
  • Mengurangkan ketidakselesaan sendi, kekakuan dan keradangan.
  • Menguatkan dan mengurangkan geseran di sekeliling sendi untuk mengekalkan mobiliti dan fleksibiliti.

Kelebihan Urah Micellar Glucosamine Cream

  • Menawarkan peningkatan 10 kali ganda penyerapan berbandingpil oral ia berdasarkan tinjauan klinikal selepas jualan.
  • Urah Micellar Glucosamine Cream mengurangkan kesakitan pada sendi artritis dengan ketara apabila digunakan selama empat minggu.

Data keberkesanan berdasarkan tinjauan klinikal

  • 100% melegakan kesakitan untuk pesakit arthritis bahu
  • 75% melegakan kesakitan untuk pesakit yang mengalami arthritis buku lali, pergelangan tangan dan sikut
  • 58% melegakan kesakitan untuk pesakit arthritis lutut.

Selain itu, krim micellar glucosemine ini turut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.

Produk ini akan mula dipasarkan di farmasi terpilih bermula bulan hadapan dengan harga RM89.90 dan boleh digunakan selama dua bulan atau boleh dibeli secara dalam talian melalui www.medicalpro.com.my.

BBerkaitan

Latest articles